Wednesday, 18 May 2016

Young Living Essential Oils untuk Ibu Mengandung.

Assalamualaikum semua.

Hai.
Hari ni kita nak sembang pasal essential oil untuk ibu mengandung.
Ada tau essential oil yang boleh support mak-mak semua selama 9 bulan mengandung.

Bermula dengan morning sickness-nya,
cramp malam-malam,
kaki bengkak,
sakit belakang,
stretch marks,
stress (ya, ada waktu kita stress jugak kan? sila mengaku hehe)
even untuk waktu bersalin pun ada EO yang boleh support kita.
Untuk kurangkan sakit bersalin.


Anyway,
Banyak pilihan untuk ibu-ibu.
Biasanya bergantung pada concern. Sebab setiap ibu mengandung ni lain-lain kan?

Kadang masa 1st baby, takde morning sickness.
Tiba-tiba 2nd baby ni sickness memanjang satu hari. Hehe

Kat sini Mommy ringkaskan mana EO yang boleh support mak-mak semua.


1. PEPPERMINT
Hai, ini memanglah favourite Mommy nombor 1. Kalau bukan mengandung pon boleh guna, pengganti minyak cap kapak bila pening-pening kepala. Untuk sengal-sengal bahu, leher memang perfect sesangat! Kalau tengah ngantok masa keje pon boleh terbuntang mata lepas bau Peppermint ni. Tonyoh je ha. Dan rasakan magik-nya. Cewah

Tapi betul. Best sangat eo Peppermint ni.
Bau dia sangat fresh, menusuk dan dapat legakan loya-loya mak-mak semua.




2. LAVENDER
Ha, ini pun sama favourite Mommy. Bagus ada lavender ni, selain boleh guna bagi anak tenang, untuk mak mengandung pon boleh..

Kegunaan Lavender:
 1. Untuk kaki cramp dan sakit belakang
Malam-malam selalu cramp kaki kan, kadang tu sakit belakang bila perut dah besar, apa you boleh buat :
Sebelum tidur titikkan 2 titik Lavender eo + 2 titik Geranium eo, 
campur dengan minyak carrier satu sudu (contoh minyak carrier: Minyak Kelapa Dara) 
Sapu dua belah kaki yang selalu cramp tu.

2. Kurangkan letih/stress, dan minda yang relax. 
Isi air suam/panas dalam bath tub, 
titik 2-4 Lavender eo dalam bath tub. 
Berendam dan layaaaan.

3. GENTLE BABY

Walaupon nama dia baby, tapi great for mak-mak jugak.
Especially untuk stretch mark!
Eeek, benci you stretch mark!
You ugly stretch marks!!
Masa 1st baby dulukan, I perasan takde stretch mark, sekali lepas beranak GULP!! Terkejut Mak!

Dan sangat-sangat bagus untuk baby.
Jadi nanti tak habis guna, simpan untuk baby pulak ya ibu-ibu.
Bagi baby tenang, mudah nak dijaga, tidur lena.

Ha, suka takkkk dengar baby tidur lena?


4. LEMON
Lemon ni actually untuk morning sickness pon bagus jugak.
Diffuse pagi-pagi dalam bilik, atau kat tempat kerja.
Bagi udara tu fresh je.
Nak sedut pon tak loya ha.


Dan bagus juga untuk kaki bengkak.
Cara dia senang je,
Titikkan 1 titik Lemon eo + 1 titik Geranium eo dalam sebesen air,
pastu rendam kaki.

Legaaa ok.
Nak fefeeling berangin sikit boleh drop Peppermint jugak.

====================================================================

Ok, basically inilah Essential Oil yang boleh tolong uols mak-mak yang sedang mengandung.
Nak tahu lebih lanjut, boleh whatsapp jelah I senang.

Untuk kurangkan sakit bersalin pun ada,
Insyaallah Mommy share dalam entri lain pulak.


Ok bye!

Disclaimer: All photos are from Google.

Friday, 6 May 2016

Resepi Aiskrim Yogurt Buah, Sedap dan Mudah.

Assalamualaikum Mak-Mak semua.
Hujung minggu ni duduk di rumah aje ke?
Atau ada program di luar?
Mungkin ke Pesta Buku Antarabangsa?

Untuk Mak-Mak yang duduk rumah, sambil-sambil tengok Hindustan tu boleh layan resepi aiskrim yogurt buah yang mudah ni.

Senang je ha.
Ambil masa lebih kurang 15 minit, siap untuk dibekukan.
Esok Ahad elok je boleh santai-santai makan aiskrim yang sedap dan sihat ni.

RESEPI AISKRIM YOGURT MUDAH DAN SIHAT

=========================================

Bahan-bahan:


 1. Greek Yogurt. (1/2 tub)
Saya gunakan Greek Yogurt, sebab dikatakan lebih banyak khasiat.
Tapi Greek Yogurt ni pekat, jadi perlu tambah 1/2 cawan air.
Boleh gunakan yogurt biasa, tak perlu tambah air sebab memang dah cair.

 2. Madu asli.
Sebab saya gunakan Greek Yogurt, rasa Greek Yogurt ni agak masam.
Jadi perlu tambahkan madu asli 2 sudu besar untuk kurangkan masam.
Kalau Mak-mak nak guna yogurt biasa, tak perlu madu sebab dah sedia manis.

3. Strawberry dan blueberrry 
Buah bila kita bekukan dalam adunan aiskrim, rasa manis buah tu akan hilang. Dia jadi tawar dan keras macam ais batu.
Jadi option mudah, kita buat strawberry dan bluberry jem. Dan bubuh dalam adunan.

Cara-cara buat strawberry jem?
Sangat mudah.

Bubuh strawberry (atau buah yg Mommies suka) dalam periuk, campur dua sudu gula dan sedikit air. 
Panaskan sampai semua mencair dan jadi jem yang pekat.

Nak lagi mudah?
Pakai aje jem yang kita selalu sapu dekat roti tu hihi


=========================================


Cara-cara buat aiskrim yogurt buah:

1. Campur Greek Yogurt dengan 1/2 cawan air dan 2 sudu madu. Gaulkan.
2. Sediakan strawberry jem (instructions ada di atas)
3. Tuang adunan yogurt ke dalam mould aiskrim, selang-selang dengan jem. Isi sampai mould penuh.

SIAP

Dah siap!

Bekukan selama 5-6 jam

Ready to eat!

YUMM!

Selamat mencuba Mommies!


Tuesday, 3 May 2016

Apa itu Young Living Essential Oils?


Ok, Mommy dok sibuk bercerita nak rawat demam anak dengan Essential Oil lah, rawat batuk dengan Essential Oil lah, tapi Mommy lupa nak cover apa tu Essential Oil sebenarnya? Haha


APA ITU ESSENTIAL OIL/MINYAK ESSENTIAL?
=======================================

Essential Oil (EO) adalah

  • Pati minyak estrak tumbuhan yang dikeluarkan 100% dari tumbuhan melalui beberapa proses.
  • Antaranya melalui proses distillation yang kompleks untuk hasilkan minyak yang betul-betul pure dan bertaraf "therapeutic". Therapeutic effect tu maksudnya efek yang kita nak, yang memberi manfaat dekat kita as users


Ha faham kan?


Essential oil ni dah digunakan lamaaa dah.
Apa kegunaan Essential Oil ni?


1. UNTUK KECANTIKAN DAN KOSMETIK
Contoh macam bubuh EO dalam pencuci muka, sabun mandi, sabun tangan, dan shampoo. Ada sesetengah EO yang memang sangat berkesan untuk dapatkan kulit yang cantik, awet muda dan terlajak laris ha ha ok bye

2. SEBAGAI MINYAK URUT AROMATERAPI
Ha macam minyak urut yang bau-bau wangi tu kan, biasanya diorang ada bubuh essential oil ni. Tapi apa yang kita kena tahu, bukan semua guna essential oil yang betul-betul pure. Nanti Mommy ceritakan beza minyak aroma dengan minyak essential. Besar perbezaannya. Dan kalau kita guna pure essential oil masa mengurut, insyaAllah semua kebaikan eo yang kita guna tu akan meresap ke dalam badan kita. Sebab tu penting sangat kita pilih yang berkualiti.


3. MEMBERI KETENANGAN DAN MENGAWAL EMOSI
Yep, betul tu. Essential oil yang pure memang dapat bagi efek pada emosi kita. Sebabnya, bila kita bau eo ni, sensori bau ada direct link kepada sistem limbik pada otak kita, yang mana sistem limbik ni adalah center kepada emosi dan memori manusia. Jadi bila kita pilih bau yang betul, kita dapat kawal emosi jadi tenang, happy dan rasa bahagia. Tidur pun lena gitu. Cuba kalau kita lalu sebelah lori sampah, confirm pening nak muntah kan? Terganggu emosi Mak ha.
Tengok ladang lavender ni, alahai tak ke tenang je jiwa Mak-Mak semua. Belum bau EO Lavender lagi ha. Kalau dah bau,  anak buat tumpah air atas karpet baru pon Mommy senyum positif je haha

4. MENINGKATKAN MUTU HIDUP
Hah dah macam gaya mutu keunggulan dah. Haha yelah kan, bila emosi tenang, happy manjang, tidur berkualiti, mau tak tingkat mutu hidup?

Cewah banyakkan kelebihan essential oil ni?


By the way, please jangan anggap eo ni sebagai penyembuh ya, sebab the only healer is Allah.
Kalau faham balik, konsep essential oil ni senang je.
100% dari tumbuhan, dan yang ciptakan tumbuhan Allah kan?
And I memang strongly believe setiap yang Allah ciptakan tu penuh dengan hikmah dan kebaikan.
Tinggal kita je sebagai manusia nak gunakan semua nikmat Allah dengan betul.

Betul tak?

Alhamdulillah, all praises to Allah.
Tuhan yang menciptakan alam dan tumbuhan yang hebat-hebat kegunaannya!