Wednesday 18 May 2016

Young Living Essential Oils untuk Ibu Mengandung.

Assalamualaikum semua.

Hai.
Hari ni kita nak sembang pasal essential oil untuk ibu mengandung.
Ada tau essential oil yang boleh support mak-mak semua selama 9 bulan mengandung.

Bermula dengan morning sickness-nya,
cramp malam-malam,
kaki bengkak,
sakit belakang,
stretch marks,
stress (ya, ada waktu kita stress jugak kan? sila mengaku hehe)
even untuk waktu bersalin pun ada EO yang boleh support kita.
Untuk kurangkan sakit bersalin.


Anyway,
Banyak pilihan untuk ibu-ibu.
Biasanya bergantung pada concern. Sebab setiap ibu mengandung ni lain-lain kan?

Kadang masa 1st baby, takde morning sickness.
Tiba-tiba 2nd baby ni sickness memanjang satu hari. Hehe

Kat sini Mommy ringkaskan mana EO yang boleh support mak-mak semua.


1. PEPPERMINT
Hai, ini memanglah favourite Mommy nombor 1. Kalau bukan mengandung pon boleh guna, pengganti minyak cap kapak bila pening-pening kepala. Untuk sengal-sengal bahu, leher memang perfect sesangat! Kalau tengah ngantok masa keje pon boleh terbuntang mata lepas bau Peppermint ni. Tonyoh je ha. Dan rasakan magik-nya. Cewah

Tapi betul. Best sangat eo Peppermint ni.
Bau dia sangat fresh, menusuk dan dapat legakan loya-loya mak-mak semua.




2. LAVENDER
Ha, ini pun sama favourite Mommy. Bagus ada lavender ni, selain boleh guna bagi anak tenang, untuk mak mengandung pon boleh..

Kegunaan Lavender:
 1. Untuk kaki cramp dan sakit belakang
Malam-malam selalu cramp kaki kan, kadang tu sakit belakang bila perut dah besar, apa you boleh buat :
Sebelum tidur titikkan 2 titik Lavender eo + 2 titik Geranium eo, 
campur dengan minyak carrier satu sudu (contoh minyak carrier: Minyak Kelapa Dara) 
Sapu dua belah kaki yang selalu cramp tu.

2. Kurangkan letih/stress, dan minda yang relax. 
Isi air suam/panas dalam bath tub, 
titik 2-4 Lavender eo dalam bath tub. 
Berendam dan layaaaan.

3. GENTLE BABY

Walaupon nama dia baby, tapi great for mak-mak jugak.
Especially untuk stretch mark!
Eeek, benci you stretch mark!
You ugly stretch marks!!
Masa 1st baby dulukan, I perasan takde stretch mark, sekali lepas beranak GULP!! Terkejut Mak!

Dan sangat-sangat bagus untuk baby.
Jadi nanti tak habis guna, simpan untuk baby pulak ya ibu-ibu.
Bagi baby tenang, mudah nak dijaga, tidur lena.

Ha, suka takkkk dengar baby tidur lena?


4. LEMON
Lemon ni actually untuk morning sickness pon bagus jugak.
Diffuse pagi-pagi dalam bilik, atau kat tempat kerja.
Bagi udara tu fresh je.
Nak sedut pon tak loya ha.


Dan bagus juga untuk kaki bengkak.
Cara dia senang je,
Titikkan 1 titik Lemon eo + 1 titik Geranium eo dalam sebesen air,
pastu rendam kaki.

Legaaa ok.
Nak fefeeling berangin sikit boleh drop Peppermint jugak.

====================================================================

Ok, basically inilah Essential Oil yang boleh tolong uols mak-mak yang sedang mengandung.
Nak tahu lebih lanjut, boleh whatsapp jelah I senang.

Untuk kurangkan sakit bersalin pun ada,
Insyaallah Mommy share dalam entri lain pulak.


Ok bye!

Disclaimer: All photos are from Google.

No comments:

Post a Comment