Tuesday, 26 April 2016

Doktor gigi yang insaf.

Teks: Sakinah Amran

I selalu tertanya-tanya,
Kenapalah orang takut sangat nak datang jumpa doktor gigi?
Rela simpan gigi sampai reput, bila dah naik bengkak sebelah muka, baru munculkan diri.

Apa yang menakutkan sangat?

Sampailah minggu lepas, I dah tahu jawapan dia.

JUMPA DOKTOR GIGI MEMANG MENAKUTKAN!!
Hahahaha

Dua minggu lepas I start perasan gigi depan I ada sikit sakit. Sakit macam ngilu-ngilu gitu. Bila I tengok betul-betul kat cermin, warna gigi tu dah sedikit berubah kat bahagian tepinya.

Kalau warna berubah tu tanda-tanda gigi berlobang T______T

Sedih hati seorang doktor gigi.
Haha gigi sendiri yang berlubang.

So anyway,
I pun pergilah melawat klinik yang I kerja dulu.
Mintak kengkawan dulu tolong tampalkan.

Ya Allah, I bagitau you
I jerit kuat sangat sampai semua orang datang tengok ingatkan I dah pengsan hahahaha

Memang menakutkan sangat!
Nak baring atas kerusi tu pun takut!
Bila dah dengar bunyi mesin tu lagi lah 20x takut!
Bunyi tu memang betul-betul sebelah telinga ok!


Haha teruk betul.
Memalukan persatuan doktor gigi sedunia.

Tapi alhamdulillah, akhirnya gigi I bertampal lah jugak, dalam jerit-jerit tu.

So apa yang I belajar,
Selama ni I selalu bising dekat orang yang takut sangat nak datang jumpa doktor gigi.
Yang datang bila dah takleh selamat dah gigi tu, tinggal nak cabut je.
Yang datang tangan menggeletar,
Yang datang berpeluh-peluh takut
Yang datang mengada taknak duduk sebab takut

I dah faham perasaan diorang sekarang.
I dah tahu nak cakap apa untuk tenangkan diorang.

Jadinya,
I dah berjanji dengan diri sendiri
Mulai sekarang,
I janji I akan jadi doktor gigi yang baik.
Yang tak garang (ha ha)
Yang rawat pesakit dengan penuh kasih sayang acewah


Yang benar,
okay over pulak kan.

Saturday, 23 April 2016

Tips merawat anak demam dengan Young Living Essential Oils

Teks: Sakinah Amran

ANAK DEMAM
==============
Jumaat lepas, balik dari kerja Mommy ambil Nadaa di rumah pengasuh. Nadaa nampak ok je, tak ada meragam apa. Balik rumah, dah mula cranky. Tak nak dengan orang, dan nak berdukung je.
Knowing Nadaa, kalau dia nak berdukung je tu maksudnya mood tak berapa nak baik lah tu.

Mommy rasa badan dia, dah mula dedar-dedar sikit.
Hati Mommy ni dah sikit rungsing, sebabnya esok pagi ada corporate event Mary Kay pulak.

Tapi Mommy buat rilek, buat cool jelah.

By maghrib, check suhu dah 39.4 degree.
Ok confirmed ni demam.

Cepat-cepat ambil Essential Oil (EO) Lemon, Peppermint dan spray air.

Essential oil Peppermint dan Lemon 
Young Living

Penuhkan spray air dengan air paip, kemudian titiskan 5 titis EO Lemon, 3 titis EO Peppermint.
Tutup dan goncangkan.
Sembur air ke satu badan Nadaa dan kepala sekali.
Setiap kali kering je, Mommy sembur lagi biar sentiasa basah.

Peppermint Mommy titis 2 titik kat tapak tangan, dan sapukan dengan tapak kaki Nadaa, ibu jari dan belakang Nadaa.
Sambil-sambil mulut selawat dan zikir pada Allah.

 Spray macam ni je Mommy guna. 
Ala, yang selalu buat spray masa gosok baju tu ha ha


Alhamdulillah, malam tidur tak adalah meragam teruk.
Bangun pagi, kiss Mommy dan senyum-senyum.
Check suhu dah normal balik.

Alhamdulillah, legaaaa hati Mommy.

All praises to Allah,
Yang menciptakan tumbuhan.
Penuh dengan hikmah dan kelebihan.

p.s.
Mak-mak lain, boleh share tips kalau anak demam buat macam mana?

Thursday, 14 April 2016

Tips merawat batuk dan selsema anak secara natural

Teks: Sakinah Amran

Tiga minggu lepas Nadaa batuk dan selsema teruk. Berkerak hidung, memang tak boleh tidur, setiap 20 minit je terjaga. Maknya yang mengantok tak cukup tidur T____T

Nadaa ni pulak jenis tak boleh makan ubat. Yang keluarnya lagi banyak dari yang masuk.
Maknya memanglah rungsing sesangat, anak ni bila tak cukup tidur cranky-nya lain macam.

Apa lagi, essential oil to the rescue.

TADAA!
RC ESSENTIAL OIL FROM YOUNG LIVING
Best sangat minyak ni!
Sapu dekat kaki, ibu jari, belakang dan batang hidung dia.
Lepastu diffuse guna diffuser tu, satu bilik bau RC ni. 

Alhamdulillah, lena tidur Nadaa malam tu. Takde soksek-soksek dah. Takde jaga-jaga dah.
Esok bangun pagi pun sengih-sengih je kiss Mommy.

Alhamdulillah, segala puji balik kepada Allah yang menciptakan tumbuhan.
Sebabnya essential oils memang 100% datang daripada tumbuhan dan bunga.

Insyaallah di entri yang lain mungkin saya boleh ceritakan lebih detail pasal essential oil ni.
Sampai jumpa lagi.
Semoga bermanfaat buat mak-mak yang mencari solusi batuk dan selsema si kecil secara semulajadi.

Wednesday, 13 April 2016

Aktiviti di musim Summer Malaysia.

SWIMMING DI MARINA PUTRAJAYA

Semenjak dua menjak ni, panasnya ya Allah.. menggigit bahangnya tu.
Dalam rumah pun rasa macam dalam oven.

Semalam tengah-tengah kami dua beranak dok bergolek kepanasan, Daddy Nadaa balik.
Mula tu, kami sambung golek bertiga pulak. Lepastu Daddy tak tahan panas.

D: Selalu gi kerja sejuk, dalam air-cond. Jom pergi swimming lah!

Jadinya bersiap-siaplah kami tiga beranak nak pergi swimming.
Biasanya kami swimming di Kelab Tasik Putrajaya, tapi sebab cuaca panas ni, kami pilih untuk swimming di Marina Putrajaya.

Kenapa Marina Putrajaya?
Sebab swimming pool di Marina ni INDOOR, tertutup.
Jadi takdelah kena direct matahari kan?

Kami sampai kat sana dalam pukul 2.30 petang
Rupanya di Marina ni, ada waktu-waktu yang dah ditetapkan.

Clear tak gambar ni?

Okaylah, meh saya ringkaskan.

MARINA PUTRAJAYA
Dibuka setiap hari kecuali Isnin PAGI. Isnin petang buka.

Waktu boleh swimming
Pagi 9-11.45 
Sesi 1 = 12.30 - 3.15 petang
Sesi 2 = 4.00 - 6.45 petang
Sesi 3 = 7.30 - 9.45 malam

Bayaran masuk
Dewasa RM 5
Kanak-kanak RM 3
Bawah 2 tahun PERCUMA

Best sangat swimming kat sini, sebabnya memang tak panas langsung. Dan airnya sejuuuuuuuk sangat, rasa macam mandi sungai!

Kawasan dia pun cantik. View sekeliling cantik sangat, ada tasik kat sebelah. Lepastu boleh naik cruise tau kat sini, nak dinner dalam cruise pun boleh hihi bestnya kalau ada orang nak belanja dinner kan kan 

Sebab kami pergi hari bekerja (Selasa), jadinya memang tak ramai orang. Ada dalam 4 couples je termasuk kami. Rasanya kalau weekend memang akan penuh. Jadi kalau nak pergi tu kena plan awal-awalnya, pilih waktu yang agak-agak tak ramai. 


Saya harap perkongsian ni berguna untuk uols yang mencari-cari aktiviti apa nak buat waktu musim summer ni hehe

Akhir sekali, please enjoy video Daddy dan Nadaa swimming hihi


Thursday, 7 April 2016

Anakku Nadaa.

Teks: Sakinah Amran

Anak saya berusia 18 bulan. Nadaa namanya.

Selalu sangat, bila orang tanya nama anak dan saya jawab;

"Nadaa."
"Nada je? Nama panjang?"
"Ya, Nadaa je. Nama panjang, Nadaaaa (sengaja saya panjangkan enam harakat ha ha)


Nadaa dalam Bahasa Arab membawa dua maksud;

Maksud pertama; embun pagi.

Kami pilih nama Nadaa sebelum dia dilahirkan lagi. Jadi bila dia dilahirkan pada waktu petang, embun pun dah kering waktu tu, kami tetap teruskan dengan Nadaa atas sebab maksud namanya yang kedua, iaitu...pemurah.


Ya, maksud kedua nama Nadaa adalah Pemurah.


Kami setuju untuk pilih Nadaa sebab kami nak sangat Nadaa membesar jadi seorang yang pemurah.
Sebab kami dua ni kedekut sebenarnya ha ha. Kami sangat liat nak sedekah, sebab kami sendiri selalu rasa tak cukup. Hujung bulan korek-korek nak bagi cukup. Haha tapi itulah, manusia, selalu lupa Allah kata; bagi, bagi bagi nanti Dia cukupkan. Ok insaf kejap.


Jadinya, nama Nadaa ni kira macam sangat dekaaaat dengan hati saya.
Kami nak nama Nadaa ni jadi peringatan kat kami.

Peringatan bila ada yang datang kat meja masa makan di luar- kami tak liat nak hulur sekeping dua.
Peringatan apalah sangat nak belanja family, kawan-kawan rapat, anak-anak buah sekali sekala.

Peringatan buat kami;
Kalau nak Nadaa jadi pemurah, kamilah dulu-dulu yang kena buang sifat kedekut tu. Yang paling-paling kena jadi pemurah.


Betul tak?



Dah nampak gaya pemurah, Mommy mintak dia bagi.
Hi hi

Tuesday, 5 April 2016

Salam Perkenalan.

Teks: Sakinah Amran

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1Malaysia.
Amboi, panjang salamnya. Ini kes terbawa-bawa ucapan aluan setiap kali bagi ceramah waktu bekerja dulu. Ampun, ya.

Salam perkenalan dari saya, Sakinah Amran. Saya seorang isteri dan Mommy kepada Nadaa, anak perempuan saya yang berusia 18 bulan. Juga seorang doktor gigi by profession.

Sakinah membawa maksud ketenangan. Saya suka merasakan yang saya memang seorang yang tenang. Saya hanya gelabah pada waktu-waktu tertentu saja.
Sebab itulah, bila saya mula hilang ketenangan dalam hidup, saya rasa sangat lost. Suami mula komen saya makin degil, anak saya pulak makin panjang akal. Gaji banyak, tapi tak pernah cukup. Hidup ada semua, tapi serabut setiap masa.

Saya hilang punca.
Saya mula mencari-cari di mana silapnya.

Sampailah satu hari, saya mula sedar. Ketenangan saya diragut sebab saya tak ikhlas bekerja. Sejak setahun lepas, saya hilang hati pada kerjaya dan pesakit-pesakit saya. Saya kira, ke-tidak-ikhlasan itulah yang membawa kepada hilangnya keberkatan dalam gaji, kemudian hidup saya. Langsung hilang ketenangan selama ini.

Bayangkan, seorang Sakinah tak lagi rasa sakinah dalam hatinya.
Aduh.

Lama saya ambil keputusan untuk berhenti kerja. Ia bukan keputusan yang mudah, yang boleh dibuat dalam satu malam sahaja. Banyak air mata yang tumpah, malam-malam yang tak lena, tapi saat saya hantar notis, saya rasa sangat lega. Lega selega-leganya (amboi, lega betul ni)


Alhamdulillah, ini minggu kedua saya bergelar suri rumah.
Masih lagi doktor gigi, tapi part-time saja.
Cuba-cuba nak jadi penulis sepenuh masa.
Ehem, doakan saya.


Salam perkenalan semua.
Semoga berjumpa di entri kedua.