Wednesday, 13 April 2016

Aktiviti di musim Summer Malaysia.

SWIMMING DI MARINA PUTRAJAYA

Semenjak dua menjak ni, panasnya ya Allah.. menggigit bahangnya tu.
Dalam rumah pun rasa macam dalam oven.

Semalam tengah-tengah kami dua beranak dok bergolek kepanasan, Daddy Nadaa balik.
Mula tu, kami sambung golek bertiga pulak. Lepastu Daddy tak tahan panas.

D: Selalu gi kerja sejuk, dalam air-cond. Jom pergi swimming lah!

Jadinya bersiap-siaplah kami tiga beranak nak pergi swimming.
Biasanya kami swimming di Kelab Tasik Putrajaya, tapi sebab cuaca panas ni, kami pilih untuk swimming di Marina Putrajaya.

Kenapa Marina Putrajaya?
Sebab swimming pool di Marina ni INDOOR, tertutup.
Jadi takdelah kena direct matahari kan?

Kami sampai kat sana dalam pukul 2.30 petang
Rupanya di Marina ni, ada waktu-waktu yang dah ditetapkan.

Clear tak gambar ni?

Okaylah, meh saya ringkaskan.

MARINA PUTRAJAYA
Dibuka setiap hari kecuali Isnin PAGI. Isnin petang buka.

Waktu boleh swimming
Pagi 9-11.45 
Sesi 1 = 12.30 - 3.15 petang
Sesi 2 = 4.00 - 6.45 petang
Sesi 3 = 7.30 - 9.45 malam

Bayaran masuk
Dewasa RM 5
Kanak-kanak RM 3
Bawah 2 tahun PERCUMA

Best sangat swimming kat sini, sebabnya memang tak panas langsung. Dan airnya sejuuuuuuuk sangat, rasa macam mandi sungai!

Kawasan dia pun cantik. View sekeliling cantik sangat, ada tasik kat sebelah. Lepastu boleh naik cruise tau kat sini, nak dinner dalam cruise pun boleh hihi bestnya kalau ada orang nak belanja dinner kan kan 

Sebab kami pergi hari bekerja (Selasa), jadinya memang tak ramai orang. Ada dalam 4 couples je termasuk kami. Rasanya kalau weekend memang akan penuh. Jadi kalau nak pergi tu kena plan awal-awalnya, pilih waktu yang agak-agak tak ramai. 


Saya harap perkongsian ni berguna untuk uols yang mencari-cari aktiviti apa nak buat waktu musim summer ni hehe

Akhir sekali, please enjoy video Daddy dan Nadaa swimming hihi


No comments:

Post a Comment