Anak saya berusia 18 bulan. Nadaa namanya.
Selalu sangat, bila orang tanya nama anak dan saya jawab;
"Nadaa."
"Nada je? Nama panjang?"
"Ya, Nadaa je. Nama panjang, Nadaaaa (sengaja saya panjangkan enam harakat ha ha)
Nadaa dalam Bahasa Arab membawa dua maksud;
Maksud pertama; embun pagi.
Kami pilih nama Nadaa sebelum dia dilahirkan lagi. Jadi bila dia dilahirkan pada waktu petang, embun pun dah kering waktu tu, kami tetap teruskan dengan Nadaa atas sebab maksud namanya yang kedua, iaitu...pemurah.
Ya, maksud kedua nama Nadaa adalah Pemurah.
Kami setuju untuk pilih Nadaa sebab kami nak sangat Nadaa membesar jadi seorang yang pemurah.
Sebab kami dua ni kedekut sebenarnya ha ha. Kami sangat liat nak sedekah, sebab kami sendiri selalu rasa tak cukup. Hujung bulan korek-korek nak bagi cukup. Haha tapi itulah, manusia, selalu lupa Allah kata; bagi, bagi bagi nanti Dia cukupkan. Ok insaf kejap.
Jadinya, nama Nadaa ni kira macam sangat dekaaaat dengan hati saya.
Kami nak nama Nadaa ni jadi peringatan kat kami.
Peringatan bila ada yang datang kat meja masa makan di luar- kami tak liat nak hulur sekeping dua.
Peringatan apalah sangat nak belanja family, kawan-kawan rapat, anak-anak buah sekali sekala.
Peringatan buat kami;
Kalau nak Nadaa jadi pemurah, kamilah dulu-dulu yang kena buang sifat kedekut tu. Yang paling-paling kena jadi pemurah.
Betul tak?
Dah nampak gaya pemurah, Mommy mintak dia bagi.
Hi hi
No comments:
Post a Comment