Saturday, 23 April 2016

Tips merawat anak demam dengan Young Living Essential Oils

Teks: Sakinah Amran

ANAK DEMAM
==============
Jumaat lepas, balik dari kerja Mommy ambil Nadaa di rumah pengasuh. Nadaa nampak ok je, tak ada meragam apa. Balik rumah, dah mula cranky. Tak nak dengan orang, dan nak berdukung je.
Knowing Nadaa, kalau dia nak berdukung je tu maksudnya mood tak berapa nak baik lah tu.

Mommy rasa badan dia, dah mula dedar-dedar sikit.
Hati Mommy ni dah sikit rungsing, sebabnya esok pagi ada corporate event Mary Kay pulak.

Tapi Mommy buat rilek, buat cool jelah.

By maghrib, check suhu dah 39.4 degree.
Ok confirmed ni demam.

Cepat-cepat ambil Essential Oil (EO) Lemon, Peppermint dan spray air.

Essential oil Peppermint dan Lemon 
Young Living

Penuhkan spray air dengan air paip, kemudian titiskan 5 titis EO Lemon, 3 titis EO Peppermint.
Tutup dan goncangkan.
Sembur air ke satu badan Nadaa dan kepala sekali.
Setiap kali kering je, Mommy sembur lagi biar sentiasa basah.

Peppermint Mommy titis 2 titik kat tapak tangan, dan sapukan dengan tapak kaki Nadaa, ibu jari dan belakang Nadaa.
Sambil-sambil mulut selawat dan zikir pada Allah.

 Spray macam ni je Mommy guna. 
Ala, yang selalu buat spray masa gosok baju tu ha ha


Alhamdulillah, malam tidur tak adalah meragam teruk.
Bangun pagi, kiss Mommy dan senyum-senyum.
Check suhu dah normal balik.

Alhamdulillah, legaaaa hati Mommy.

All praises to Allah,
Yang menciptakan tumbuhan.
Penuh dengan hikmah dan kelebihan.

p.s.
Mak-mak lain, boleh share tips kalau anak demam buat macam mana?

1 comment: