Teks: Sakinah Amran
Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1Malaysia.
Amboi, panjang salamnya. Ini kes terbawa-bawa ucapan aluan setiap kali bagi ceramah waktu bekerja dulu. Ampun, ya.
Salam perkenalan dari saya, Sakinah Amran. Saya seorang isteri dan Mommy kepada Nadaa, anak perempuan saya yang berusia 18 bulan. Juga seorang doktor gigi by profession.
Sakinah membawa maksud ketenangan. Saya suka merasakan yang saya memang seorang yang tenang. Saya hanya gelabah pada waktu-waktu tertentu saja.
Sebab itulah, bila saya mula hilang ketenangan dalam hidup, saya rasa sangat lost. Suami mula komen saya makin degil, anak saya pulak makin panjang akal. Gaji banyak, tapi tak pernah cukup. Hidup ada semua, tapi serabut setiap masa.
Saya hilang punca.
Saya mula mencari-cari di mana silapnya.
Sampailah satu hari, saya mula sedar. Ketenangan saya diragut sebab saya tak ikhlas bekerja. Sejak setahun lepas, saya hilang hati pada kerjaya dan pesakit-pesakit saya. Saya kira, ke-tidak-ikhlasan itulah yang membawa kepada hilangnya keberkatan dalam gaji, kemudian hidup saya. Langsung hilang ketenangan selama ini.
Bayangkan, seorang Sakinah tak lagi rasa sakinah dalam hatinya.
Aduh.
Lama saya ambil keputusan untuk berhenti kerja. Ia bukan keputusan yang mudah, yang boleh dibuat dalam satu malam sahaja. Banyak air mata yang tumpah, malam-malam yang tak lena, tapi saat saya hantar notis, saya rasa sangat lega. Lega selega-leganya (amboi, lega betul ni)
Alhamdulillah, ini minggu kedua saya bergelar suri rumah.
Masih lagi doktor gigi, tapi part-time saja.
Cuba-cuba nak jadi penulis sepenuh masa.
Ehem, doakan saya.
Salam perkenalan semua.
Semoga berjumpa di entri kedua.
No comments:
Post a Comment