Thursday, 1 September 2016

Zika masuk Malaysia, apa perlu anda buat?

Virus Zika dah masuk Malaysia!

Saya confirm semua dah tahu berita ni.
Yang pastinya, semua mak-mak yang mengandung dalam kerisauan.


TIGA PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG VIRUS ZIKA.

1. Virus ini dari nyamuk Aedes. Juga dilaporkan beberapa kes tersebar melalui hubungan seks dan pendermaan darah.

2. Virus Zika boleh dipindahkan dari ibu kepada bayi dalam kandungan, dan menyebabkan risiko bayi mengalami sindrom microcephaly; di mana bayi dilahirkan dengan saiz kepala yang kecil. Ini yang buat semua ibu tak lena tidur, tak senang duduk, tak lalu makan.

3.  Simptom-simptom dijangkiti Virus Zika termasuklah demam, sakit kepala, ruam merah, dan sakit sendi.






Langkah-langkah pencegahan yang boleh anda ambil:


1. Pakai baju dan seluar panjang.

2. Elakkan keluar rumah pada waktu awal pagi, senja dan malam.

3. Gunakan penyembur nyamuk.

4. Amalkan seks selamat, guna kondom untuk perlindungan.
5. Gunakan pelekat atau penyembur anti-nyamuk. Biasanya ada dijual di kedai barangan bayi.



*Kajian membuktikan nyamuk dan serangga tak suka dengan bau-bauan serai dan serai wangi.
Uols boleh guna minyak Lemongrass dan Citronella (Serai Wangi) dari Young Living untuk tujuan perlindungan. 
Citronella - Serai Wangi

Lemongrass - Serai


Senang je ha, buat campuran dia siap-siap bubuh dalam spray bottle, dan spray pada kaki, tangan, leher. Baju dan seluar pun boleh kita sembur sekali. 


Kita declare perang dengan nyamuk dan virus Zika!


Kina Amran,

Mommy anak satu, bakal dua. 
Tidur tak lena.

Tuesday, 30 August 2016

Mengurangkan sakit gigi dengan Young Living Essential Oil.

Assalamualaikum uols.
Lama tak update blog ni, berhabuk habis.
Fuh fuh *sambil tiup habuk*

Sebenarnya memang dah agak malas nak update blog ni, tapi dua minggu lepas dapat whatsapp dari nombor tak dikenali, katanya nak mintak pendapat dan panduan untuk guna Young Living Essential Oil. Kata Puan tu lagi, dapat nombor saya dari blog ni.

Berguna jugak blog ni ya?
Jadi saya buat keputusan untuk teruskan berkongsi dengan uols pasal Young Living Essential Oil ni.
Maklumlah, YLEO di Malaysia masih baru.
Tapi jangan tak tahu, dah makin dapat tempat dalam hati rakyat Malaysia tau.
Cewah..

Memang diakui makin ramai yang mencari ke arah kehidupan lebih sihat, bebas bahan kimia, dan lebih alami gituu.

Hamboi, panjang pulak bebelkan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anyway, untuk malam ni, saya nak share satu lagi tips berguna.
Untuk uols yang sakit gigi tapi takut, fobia, seram sangat nak jumpa dentist kannn?

Haaa, ni dentist sendiri nak bagi tips ngelat untuk korang.

Tadaaa.......


Thieves YLEO

Thieves Mouthwash

Thieves Spray


Haa, ada tiga produk dari Young Living Essential Oil untuk korang ngelat dari jumpa dentist.
Hamboi, ngelat nombor satu kan kau orang kan?

OK, meh I terangkan satu-satu.

1. THIEVES ESSENTIAL OIL - sapukan Thieves EO ni di kawasan yang uols sakit. Akan rasa kebas-kebas gitu. Insyaallah lena tidur malam tu.

2. THIEVES MOUTHWASH - instant relief. Ha, melayu cakap - kelegaan segera. Kumur je, dan rasakan perbezaannya. Ini untuk masalah mulut berbau pon boleh. Juga kalau uols sakit tekak batuk manja-manja, memang recommended sesangat.

3. THIEVES SPRAY - Fuh, lagi mudah. Cuma sembur je kat kawasan gigi/gusi yang sakit. Insyaallah kebas, dan buat korang melompat dan terlupa yang sebelum ni kau orang sakit gigi. Haha ok over.



Uols boleh guna salah satu untuk KURANGKAN sakit gigi yang menyebabkan korang tak lena tidur, tak kenyang makan, dan tukarkan muka masam mencuka uols tu kepada senyuman balik.

Tapi sebagai doktor gigi bertauliah, saya sarankan uols jangan mengelat sangat, hehe tips ni untuk bantu uols kurangkan sakit gigi tu aje, contoh dah pukul 12 malam tetiba baru sakit, nak gi klinik pun semua dah tutup kan?

Jadi sementara nak tunggu esok tu, ha eloklah ada YLEO untuk bantu uols tidur dulu malam ni, sebelum trip ngeri ke dentist esok. Muahaha



Ok, dentist Malaysia baik lah.
Mana ada ngeri.

Wednesday, 18 May 2016

Young Living Essential Oils untuk Ibu Mengandung.

Assalamualaikum semua.

Hai.
Hari ni kita nak sembang pasal essential oil untuk ibu mengandung.
Ada tau essential oil yang boleh support mak-mak semua selama 9 bulan mengandung.

Bermula dengan morning sickness-nya,
cramp malam-malam,
kaki bengkak,
sakit belakang,
stretch marks,
stress (ya, ada waktu kita stress jugak kan? sila mengaku hehe)
even untuk waktu bersalin pun ada EO yang boleh support kita.
Untuk kurangkan sakit bersalin.


Anyway,
Banyak pilihan untuk ibu-ibu.
Biasanya bergantung pada concern. Sebab setiap ibu mengandung ni lain-lain kan?

Kadang masa 1st baby, takde morning sickness.
Tiba-tiba 2nd baby ni sickness memanjang satu hari. Hehe

Kat sini Mommy ringkaskan mana EO yang boleh support mak-mak semua.


1. PEPPERMINT
Hai, ini memanglah favourite Mommy nombor 1. Kalau bukan mengandung pon boleh guna, pengganti minyak cap kapak bila pening-pening kepala. Untuk sengal-sengal bahu, leher memang perfect sesangat! Kalau tengah ngantok masa keje pon boleh terbuntang mata lepas bau Peppermint ni. Tonyoh je ha. Dan rasakan magik-nya. Cewah

Tapi betul. Best sangat eo Peppermint ni.
Bau dia sangat fresh, menusuk dan dapat legakan loya-loya mak-mak semua.




2. LAVENDER
Ha, ini pun sama favourite Mommy. Bagus ada lavender ni, selain boleh guna bagi anak tenang, untuk mak mengandung pon boleh..

Kegunaan Lavender:
 1. Untuk kaki cramp dan sakit belakang
Malam-malam selalu cramp kaki kan, kadang tu sakit belakang bila perut dah besar, apa you boleh buat :
Sebelum tidur titikkan 2 titik Lavender eo + 2 titik Geranium eo, 
campur dengan minyak carrier satu sudu (contoh minyak carrier: Minyak Kelapa Dara) 
Sapu dua belah kaki yang selalu cramp tu.

2. Kurangkan letih/stress, dan minda yang relax. 
Isi air suam/panas dalam bath tub, 
titik 2-4 Lavender eo dalam bath tub. 
Berendam dan layaaaan.

3. GENTLE BABY

Walaupon nama dia baby, tapi great for mak-mak jugak.
Especially untuk stretch mark!
Eeek, benci you stretch mark!
You ugly stretch marks!!
Masa 1st baby dulukan, I perasan takde stretch mark, sekali lepas beranak GULP!! Terkejut Mak!

Dan sangat-sangat bagus untuk baby.
Jadi nanti tak habis guna, simpan untuk baby pulak ya ibu-ibu.
Bagi baby tenang, mudah nak dijaga, tidur lena.

Ha, suka takkkk dengar baby tidur lena?


4. LEMON
Lemon ni actually untuk morning sickness pon bagus jugak.
Diffuse pagi-pagi dalam bilik, atau kat tempat kerja.
Bagi udara tu fresh je.
Nak sedut pon tak loya ha.


Dan bagus juga untuk kaki bengkak.
Cara dia senang je,
Titikkan 1 titik Lemon eo + 1 titik Geranium eo dalam sebesen air,
pastu rendam kaki.

Legaaa ok.
Nak fefeeling berangin sikit boleh drop Peppermint jugak.

====================================================================

Ok, basically inilah Essential Oil yang boleh tolong uols mak-mak yang sedang mengandung.
Nak tahu lebih lanjut, boleh whatsapp jelah I senang.

Untuk kurangkan sakit bersalin pun ada,
Insyaallah Mommy share dalam entri lain pulak.


Ok bye!

Disclaimer: All photos are from Google.

Friday, 6 May 2016

Resepi Aiskrim Yogurt Buah, Sedap dan Mudah.

Assalamualaikum Mak-Mak semua.
Hujung minggu ni duduk di rumah aje ke?
Atau ada program di luar?
Mungkin ke Pesta Buku Antarabangsa?

Untuk Mak-Mak yang duduk rumah, sambil-sambil tengok Hindustan tu boleh layan resepi aiskrim yogurt buah yang mudah ni.

Senang je ha.
Ambil masa lebih kurang 15 minit, siap untuk dibekukan.
Esok Ahad elok je boleh santai-santai makan aiskrim yang sedap dan sihat ni.

RESEPI AISKRIM YOGURT MUDAH DAN SIHAT

=========================================

Bahan-bahan:


 1. Greek Yogurt. (1/2 tub)
Saya gunakan Greek Yogurt, sebab dikatakan lebih banyak khasiat.
Tapi Greek Yogurt ni pekat, jadi perlu tambah 1/2 cawan air.
Boleh gunakan yogurt biasa, tak perlu tambah air sebab memang dah cair.

 2. Madu asli.
Sebab saya gunakan Greek Yogurt, rasa Greek Yogurt ni agak masam.
Jadi perlu tambahkan madu asli 2 sudu besar untuk kurangkan masam.
Kalau Mak-mak nak guna yogurt biasa, tak perlu madu sebab dah sedia manis.

3. Strawberry dan blueberrry 
Buah bila kita bekukan dalam adunan aiskrim, rasa manis buah tu akan hilang. Dia jadi tawar dan keras macam ais batu.
Jadi option mudah, kita buat strawberry dan bluberry jem. Dan bubuh dalam adunan.

Cara-cara buat strawberry jem?
Sangat mudah.

Bubuh strawberry (atau buah yg Mommies suka) dalam periuk, campur dua sudu gula dan sedikit air. 
Panaskan sampai semua mencair dan jadi jem yang pekat.

Nak lagi mudah?
Pakai aje jem yang kita selalu sapu dekat roti tu hihi


=========================================


Cara-cara buat aiskrim yogurt buah:

1. Campur Greek Yogurt dengan 1/2 cawan air dan 2 sudu madu. Gaulkan.
2. Sediakan strawberry jem (instructions ada di atas)
3. Tuang adunan yogurt ke dalam mould aiskrim, selang-selang dengan jem. Isi sampai mould penuh.

SIAP

Dah siap!

Bekukan selama 5-6 jam

Ready to eat!

YUMM!

Selamat mencuba Mommies!


Tuesday, 3 May 2016

Apa itu Young Living Essential Oils?


Ok, Mommy dok sibuk bercerita nak rawat demam anak dengan Essential Oil lah, rawat batuk dengan Essential Oil lah, tapi Mommy lupa nak cover apa tu Essential Oil sebenarnya? Haha


APA ITU ESSENTIAL OIL/MINYAK ESSENTIAL?
=======================================

Essential Oil (EO) adalah

  • Pati minyak estrak tumbuhan yang dikeluarkan 100% dari tumbuhan melalui beberapa proses.
  • Antaranya melalui proses distillation yang kompleks untuk hasilkan minyak yang betul-betul pure dan bertaraf "therapeutic". Therapeutic effect tu maksudnya efek yang kita nak, yang memberi manfaat dekat kita as users


Ha faham kan?


Essential oil ni dah digunakan lamaaa dah.
Apa kegunaan Essential Oil ni?


1. UNTUK KECANTIKAN DAN KOSMETIK
Contoh macam bubuh EO dalam pencuci muka, sabun mandi, sabun tangan, dan shampoo. Ada sesetengah EO yang memang sangat berkesan untuk dapatkan kulit yang cantik, awet muda dan terlajak laris ha ha ok bye

2. SEBAGAI MINYAK URUT AROMATERAPI
Ha macam minyak urut yang bau-bau wangi tu kan, biasanya diorang ada bubuh essential oil ni. Tapi apa yang kita kena tahu, bukan semua guna essential oil yang betul-betul pure. Nanti Mommy ceritakan beza minyak aroma dengan minyak essential. Besar perbezaannya. Dan kalau kita guna pure essential oil masa mengurut, insyaAllah semua kebaikan eo yang kita guna tu akan meresap ke dalam badan kita. Sebab tu penting sangat kita pilih yang berkualiti.


3. MEMBERI KETENANGAN DAN MENGAWAL EMOSI
Yep, betul tu. Essential oil yang pure memang dapat bagi efek pada emosi kita. Sebabnya, bila kita bau eo ni, sensori bau ada direct link kepada sistem limbik pada otak kita, yang mana sistem limbik ni adalah center kepada emosi dan memori manusia. Jadi bila kita pilih bau yang betul, kita dapat kawal emosi jadi tenang, happy dan rasa bahagia. Tidur pun lena gitu. Cuba kalau kita lalu sebelah lori sampah, confirm pening nak muntah kan? Terganggu emosi Mak ha.
Tengok ladang lavender ni, alahai tak ke tenang je jiwa Mak-Mak semua. Belum bau EO Lavender lagi ha. Kalau dah bau,  anak buat tumpah air atas karpet baru pon Mommy senyum positif je haha

4. MENINGKATKAN MUTU HIDUP
Hah dah macam gaya mutu keunggulan dah. Haha yelah kan, bila emosi tenang, happy manjang, tidur berkualiti, mau tak tingkat mutu hidup?

Cewah banyakkan kelebihan essential oil ni?


By the way, please jangan anggap eo ni sebagai penyembuh ya, sebab the only healer is Allah.
Kalau faham balik, konsep essential oil ni senang je.
100% dari tumbuhan, dan yang ciptakan tumbuhan Allah kan?
And I memang strongly believe setiap yang Allah ciptakan tu penuh dengan hikmah dan kebaikan.
Tinggal kita je sebagai manusia nak gunakan semua nikmat Allah dengan betul.

Betul tak?

Alhamdulillah, all praises to Allah.
Tuhan yang menciptakan alam dan tumbuhan yang hebat-hebat kegunaannya!

Tuesday, 26 April 2016

Doktor gigi yang insaf.

Teks: Sakinah Amran

I selalu tertanya-tanya,
Kenapalah orang takut sangat nak datang jumpa doktor gigi?
Rela simpan gigi sampai reput, bila dah naik bengkak sebelah muka, baru munculkan diri.

Apa yang menakutkan sangat?

Sampailah minggu lepas, I dah tahu jawapan dia.

JUMPA DOKTOR GIGI MEMANG MENAKUTKAN!!
Hahahaha

Dua minggu lepas I start perasan gigi depan I ada sikit sakit. Sakit macam ngilu-ngilu gitu. Bila I tengok betul-betul kat cermin, warna gigi tu dah sedikit berubah kat bahagian tepinya.

Kalau warna berubah tu tanda-tanda gigi berlobang T______T

Sedih hati seorang doktor gigi.
Haha gigi sendiri yang berlubang.

So anyway,
I pun pergilah melawat klinik yang I kerja dulu.
Mintak kengkawan dulu tolong tampalkan.

Ya Allah, I bagitau you
I jerit kuat sangat sampai semua orang datang tengok ingatkan I dah pengsan hahahaha

Memang menakutkan sangat!
Nak baring atas kerusi tu pun takut!
Bila dah dengar bunyi mesin tu lagi lah 20x takut!
Bunyi tu memang betul-betul sebelah telinga ok!


Haha teruk betul.
Memalukan persatuan doktor gigi sedunia.

Tapi alhamdulillah, akhirnya gigi I bertampal lah jugak, dalam jerit-jerit tu.

So apa yang I belajar,
Selama ni I selalu bising dekat orang yang takut sangat nak datang jumpa doktor gigi.
Yang datang bila dah takleh selamat dah gigi tu, tinggal nak cabut je.
Yang datang tangan menggeletar,
Yang datang berpeluh-peluh takut
Yang datang mengada taknak duduk sebab takut

I dah faham perasaan diorang sekarang.
I dah tahu nak cakap apa untuk tenangkan diorang.

Jadinya,
I dah berjanji dengan diri sendiri
Mulai sekarang,
I janji I akan jadi doktor gigi yang baik.
Yang tak garang (ha ha)
Yang rawat pesakit dengan penuh kasih sayang acewah


Yang benar,
okay over pulak kan.

Saturday, 23 April 2016

Tips merawat anak demam dengan Young Living Essential Oils

Teks: Sakinah Amran

ANAK DEMAM
==============
Jumaat lepas, balik dari kerja Mommy ambil Nadaa di rumah pengasuh. Nadaa nampak ok je, tak ada meragam apa. Balik rumah, dah mula cranky. Tak nak dengan orang, dan nak berdukung je.
Knowing Nadaa, kalau dia nak berdukung je tu maksudnya mood tak berapa nak baik lah tu.

Mommy rasa badan dia, dah mula dedar-dedar sikit.
Hati Mommy ni dah sikit rungsing, sebabnya esok pagi ada corporate event Mary Kay pulak.

Tapi Mommy buat rilek, buat cool jelah.

By maghrib, check suhu dah 39.4 degree.
Ok confirmed ni demam.

Cepat-cepat ambil Essential Oil (EO) Lemon, Peppermint dan spray air.

Essential oil Peppermint dan Lemon 
Young Living

Penuhkan spray air dengan air paip, kemudian titiskan 5 titis EO Lemon, 3 titis EO Peppermint.
Tutup dan goncangkan.
Sembur air ke satu badan Nadaa dan kepala sekali.
Setiap kali kering je, Mommy sembur lagi biar sentiasa basah.

Peppermint Mommy titis 2 titik kat tapak tangan, dan sapukan dengan tapak kaki Nadaa, ibu jari dan belakang Nadaa.
Sambil-sambil mulut selawat dan zikir pada Allah.

 Spray macam ni je Mommy guna. 
Ala, yang selalu buat spray masa gosok baju tu ha ha


Alhamdulillah, malam tidur tak adalah meragam teruk.
Bangun pagi, kiss Mommy dan senyum-senyum.
Check suhu dah normal balik.

Alhamdulillah, legaaaa hati Mommy.

All praises to Allah,
Yang menciptakan tumbuhan.
Penuh dengan hikmah dan kelebihan.

p.s.
Mak-mak lain, boleh share tips kalau anak demam buat macam mana?

Thursday, 14 April 2016

Tips merawat batuk dan selsema anak secara natural

Teks: Sakinah Amran

Tiga minggu lepas Nadaa batuk dan selsema teruk. Berkerak hidung, memang tak boleh tidur, setiap 20 minit je terjaga. Maknya yang mengantok tak cukup tidur T____T

Nadaa ni pulak jenis tak boleh makan ubat. Yang keluarnya lagi banyak dari yang masuk.
Maknya memanglah rungsing sesangat, anak ni bila tak cukup tidur cranky-nya lain macam.

Apa lagi, essential oil to the rescue.

TADAA!
RC ESSENTIAL OIL FROM YOUNG LIVING
Best sangat minyak ni!
Sapu dekat kaki, ibu jari, belakang dan batang hidung dia.
Lepastu diffuse guna diffuser tu, satu bilik bau RC ni. 

Alhamdulillah, lena tidur Nadaa malam tu. Takde soksek-soksek dah. Takde jaga-jaga dah.
Esok bangun pagi pun sengih-sengih je kiss Mommy.

Alhamdulillah, segala puji balik kepada Allah yang menciptakan tumbuhan.
Sebabnya essential oils memang 100% datang daripada tumbuhan dan bunga.

Insyaallah di entri yang lain mungkin saya boleh ceritakan lebih detail pasal essential oil ni.
Sampai jumpa lagi.
Semoga bermanfaat buat mak-mak yang mencari solusi batuk dan selsema si kecil secara semulajadi.

Wednesday, 13 April 2016

Aktiviti di musim Summer Malaysia.

SWIMMING DI MARINA PUTRAJAYA

Semenjak dua menjak ni, panasnya ya Allah.. menggigit bahangnya tu.
Dalam rumah pun rasa macam dalam oven.

Semalam tengah-tengah kami dua beranak dok bergolek kepanasan, Daddy Nadaa balik.
Mula tu, kami sambung golek bertiga pulak. Lepastu Daddy tak tahan panas.

D: Selalu gi kerja sejuk, dalam air-cond. Jom pergi swimming lah!

Jadinya bersiap-siaplah kami tiga beranak nak pergi swimming.
Biasanya kami swimming di Kelab Tasik Putrajaya, tapi sebab cuaca panas ni, kami pilih untuk swimming di Marina Putrajaya.

Kenapa Marina Putrajaya?
Sebab swimming pool di Marina ni INDOOR, tertutup.
Jadi takdelah kena direct matahari kan?

Kami sampai kat sana dalam pukul 2.30 petang
Rupanya di Marina ni, ada waktu-waktu yang dah ditetapkan.

Clear tak gambar ni?

Okaylah, meh saya ringkaskan.

MARINA PUTRAJAYA
Dibuka setiap hari kecuali Isnin PAGI. Isnin petang buka.

Waktu boleh swimming
Pagi 9-11.45 
Sesi 1 = 12.30 - 3.15 petang
Sesi 2 = 4.00 - 6.45 petang
Sesi 3 = 7.30 - 9.45 malam

Bayaran masuk
Dewasa RM 5
Kanak-kanak RM 3
Bawah 2 tahun PERCUMA

Best sangat swimming kat sini, sebabnya memang tak panas langsung. Dan airnya sejuuuuuuuk sangat, rasa macam mandi sungai!

Kawasan dia pun cantik. View sekeliling cantik sangat, ada tasik kat sebelah. Lepastu boleh naik cruise tau kat sini, nak dinner dalam cruise pun boleh hihi bestnya kalau ada orang nak belanja dinner kan kan 

Sebab kami pergi hari bekerja (Selasa), jadinya memang tak ramai orang. Ada dalam 4 couples je termasuk kami. Rasanya kalau weekend memang akan penuh. Jadi kalau nak pergi tu kena plan awal-awalnya, pilih waktu yang agak-agak tak ramai. 


Saya harap perkongsian ni berguna untuk uols yang mencari-cari aktiviti apa nak buat waktu musim summer ni hehe

Akhir sekali, please enjoy video Daddy dan Nadaa swimming hihi


Thursday, 7 April 2016

Anakku Nadaa.

Teks: Sakinah Amran

Anak saya berusia 18 bulan. Nadaa namanya.

Selalu sangat, bila orang tanya nama anak dan saya jawab;

"Nadaa."
"Nada je? Nama panjang?"
"Ya, Nadaa je. Nama panjang, Nadaaaa (sengaja saya panjangkan enam harakat ha ha)


Nadaa dalam Bahasa Arab membawa dua maksud;

Maksud pertama; embun pagi.

Kami pilih nama Nadaa sebelum dia dilahirkan lagi. Jadi bila dia dilahirkan pada waktu petang, embun pun dah kering waktu tu, kami tetap teruskan dengan Nadaa atas sebab maksud namanya yang kedua, iaitu...pemurah.


Ya, maksud kedua nama Nadaa adalah Pemurah.


Kami setuju untuk pilih Nadaa sebab kami nak sangat Nadaa membesar jadi seorang yang pemurah.
Sebab kami dua ni kedekut sebenarnya ha ha. Kami sangat liat nak sedekah, sebab kami sendiri selalu rasa tak cukup. Hujung bulan korek-korek nak bagi cukup. Haha tapi itulah, manusia, selalu lupa Allah kata; bagi, bagi bagi nanti Dia cukupkan. Ok insaf kejap.


Jadinya, nama Nadaa ni kira macam sangat dekaaaat dengan hati saya.
Kami nak nama Nadaa ni jadi peringatan kat kami.

Peringatan bila ada yang datang kat meja masa makan di luar- kami tak liat nak hulur sekeping dua.
Peringatan apalah sangat nak belanja family, kawan-kawan rapat, anak-anak buah sekali sekala.

Peringatan buat kami;
Kalau nak Nadaa jadi pemurah, kamilah dulu-dulu yang kena buang sifat kedekut tu. Yang paling-paling kena jadi pemurah.


Betul tak?



Dah nampak gaya pemurah, Mommy mintak dia bagi.
Hi hi

Tuesday, 5 April 2016

Salam Perkenalan.

Teks: Sakinah Amran

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1Malaysia.
Amboi, panjang salamnya. Ini kes terbawa-bawa ucapan aluan setiap kali bagi ceramah waktu bekerja dulu. Ampun, ya.

Salam perkenalan dari saya, Sakinah Amran. Saya seorang isteri dan Mommy kepada Nadaa, anak perempuan saya yang berusia 18 bulan. Juga seorang doktor gigi by profession.

Sakinah membawa maksud ketenangan. Saya suka merasakan yang saya memang seorang yang tenang. Saya hanya gelabah pada waktu-waktu tertentu saja.
Sebab itulah, bila saya mula hilang ketenangan dalam hidup, saya rasa sangat lost. Suami mula komen saya makin degil, anak saya pulak makin panjang akal. Gaji banyak, tapi tak pernah cukup. Hidup ada semua, tapi serabut setiap masa.

Saya hilang punca.
Saya mula mencari-cari di mana silapnya.

Sampailah satu hari, saya mula sedar. Ketenangan saya diragut sebab saya tak ikhlas bekerja. Sejak setahun lepas, saya hilang hati pada kerjaya dan pesakit-pesakit saya. Saya kira, ke-tidak-ikhlasan itulah yang membawa kepada hilangnya keberkatan dalam gaji, kemudian hidup saya. Langsung hilang ketenangan selama ini.

Bayangkan, seorang Sakinah tak lagi rasa sakinah dalam hatinya.
Aduh.

Lama saya ambil keputusan untuk berhenti kerja. Ia bukan keputusan yang mudah, yang boleh dibuat dalam satu malam sahaja. Banyak air mata yang tumpah, malam-malam yang tak lena, tapi saat saya hantar notis, saya rasa sangat lega. Lega selega-leganya (amboi, lega betul ni)


Alhamdulillah, ini minggu kedua saya bergelar suri rumah.
Masih lagi doktor gigi, tapi part-time saja.
Cuba-cuba nak jadi penulis sepenuh masa.
Ehem, doakan saya.


Salam perkenalan semua.
Semoga berjumpa di entri kedua.